Tuesday 12 April 2011

MEMILIH KASUT FUTSAL TERBAIK !

1
  Salah satu elemen yang paling penting ketika bermain futsal ialah kasut. Tanpa kasut yang setail anda tidak mampu untuk mendrible seperti Suarez ketika menggolek 4 pertahan Man Utd, menahan bola seperti Pastore, mengepas seperti Xabi Alonso, merembat seperti tevez dan menangkap bola seperti David De Gea…..pa kena menangkap bola ngan kasut futsal ni???? Jadi, di sini kami ingin memberikan sedikit tips, bagaimana cara untuk memilih kasut futsal yang sesuai dengan kaki korang.
      i.  Keselesaan

        Tidak kira seberapa cantik pun kasut itu berada di kaki anda, jika anda tidak selesa tidak ada gunanya. Kita perlu ingat bahawa kita hendak bermain futsal / bola bukannya mengadakan fashion show. So sebelum kita membeli kasut, dinasihatkan untuk mencuba terlebih dahulu. So kalau anda pilih kasut dekat Al-Ikhsan, tak perlulah nak malu-malu untuk cuba berlari di dalam kedai menggunakan kasut yang hendak dibeli. Rasakan kesesuaian kasut tersebut dengan kaki anda. Tak pun, anda boleh cuba menendang menggunakan kasut tersebut. Tapi jangan pula anda tendang awek yang tolong cari saiz kasut anda tu. Kalau anda dah rasa kasut tu dah sesuai dengan kaki anda, the next step is to buy them!

       ii. Jenis padang

                     Perkara seterusnya yang anda perlu titikberatkan ialah jenis padang tempat anda selalu bermain. Kalaulah anda jenis selalu bermain atas turf sintetik grass (rumput tiruan kaler hijau), maka lebih baik anda memilih kasut yang ada tapaknya ada spike. Kalau anda tengok, padang sintetik macam ni licin. Maka agak tidak sesuai anda gunakan kasut yang bertapak getah yang kaler coklat tu. Kalau kasut yang anda pakai ada spike, keberangkalian anda akan tergolek atas padang dan dijadikan bahan ketawa pasukan lawan adalah rendah. Tapi kalau anda selau main kat atas flat field (court FIFA yang kaler biru), tak sesuai untuk anda menggunakan kasut yang ada spike.  Sebabnya, spike akan lebih mencengkam court berbanding membantu anda untuk melonjak. Maksudnya kat sini, anda akan selalu tergolek kat atas court biru tuh. Look, maksud spike kat sini bukan kasut spike yang pakai masa berlari acara balapan untuk wakil sekolah dulu-dulu tu ok? 
     
               iii.  Harga 
                        Perkara terakhir ialah harga. Benda ni mudah ja, kalau anda ada duit, belialah kasut yang branded macam Nike Elastico ka, adidas Supersala ka, Joma Lozano ka. Tapi kalau anda ada bajet yang sedikit, kasut-kasut futsal yang biasa-biasa pun boleh menjadi pilihan yang terbaik. Anda perlu ingat bahawa harga kasut itu tidak menggambarkan kualitinya. Kasut yang mahal pun akan cepat rosak jika selalu digunakan atau tidak dijaga dengan baik.

So bagi kami, keselesaan adalah benda paling utama dalam memilih kasut futsal. Harga atau kecantikan kasut futsal adalah perkara terakhir yang anda perlu titikberatkan. Apa guna pakai kasut kaler pink kalau rembat dari tengah pun tak sampai kan? Takda lah anda nampak seperti poser!

 
Copyright 2010 Bukan Bola
Pro Indexer Free Premium Blogger theme by Introblogger